Save The Earth

Bring The Future Generations

Nature

Life is a Journey

Nature

Digital Landscape

Clouds

Wind with The Wings

Cave

The Blue Wave

Tuesday, 10 September 2013

Kereta dibersih

Taipei: Selepas penduduk di kawasan kejiranan di bandar raya ini mengadu bahawa kereta mereka dibersihkan seseorang tanpa izin, polis berjaya menjejaki individu yang melakukan perbuatan itu.

Ketika disoal siasat polis mengapa dia membersihkan kereta jirannya hingga berkilat, lelaki terbabit berkata, dia mengalami kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan berasa terdorong untuk mengelap kereta. Polis kemudian membebaskannya tanpa sebarang dakwaan. Bagaimanapun, ketika beredar dari balai polis, dia menyedari bahawa kereta peronda polis di situ kelihatan kotor lalu mula mengelap kenderaan itu. Polis kemudian dilaporkan memberinya NT$100 (RM11) sebagai upah dan memintanya agar berhenti melakukannya. - Agensi

Monday, 22 July 2013

Durian belanda rawat kanser

Durian belanda atau nama botaninya Annona muricata L daripada famili Annonaceae Annona muricata dipercayai berasal dari Amerika Selatan.

Hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hingga tujuh dan bersaliran baik.


Ia jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari.

Negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Annonaceae Annona muricata


Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.

Durian belanda mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati.

Kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman.

Durian belanda mempunyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis.

Ia biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus.

Jarak tanaman yang disyorkan di ladang adalah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan inginkan zuriat.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Durian belanda perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran.

Penuaian dilakukan apabila buah mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya dua hingga tiga bulan selepas berbunga dan akan masak dua hingga tiga hari selepas dipetik.

Durian belanda yang disimpan pada suhu 15 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 85 hingga 95 peratus boleh mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat sehingga satu hingga dua minggu.

Penguatkuasaan Peraturan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan hasil keluaran pertanian) 2008 atau GPL oleh FAMA adalah untuk memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan.

Objektif peraturan ialah untuk memastikan semua hasil berkualiti dan selamat dimakan.

Dikelaskan kepada tiga gred bergantung kepada spesifikasi dan kelonggaran merangkumi Premium, Gred 1 dan Gred 2.

Spesifikasi untuk Gred Premium adalah ia hendaklah daripada varieti yang sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam.

Selain itu ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

Gred 1 pula hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam serta hendaklah hampir bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

Gred 2, ia hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam dan agak bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

Sunday, 21 July 2013

Wanita mati jatuh dari roller coaster

Arlington (Texas): Seorang wanita yang menaiki roller coaster di Taman Hiburan Six Flags di Texas Utara terbunuh semalam selepas dipercayai terjatuh dari alat itu.

Kemalangan berlaku petang kelmarin di Arlington.


Jurucakap taman hiburan itu, Sharon Parker mengesahkan seorang wanita terbunuh ketika menaiki roller coaster Texas Giant yang dianggap binaan besi seumpamanya yang tertinggi di dunia. Bagaimanapun, Sharon tidak menjelaskan bagaimana wanita terbabit terbunuh.


Saksi Carmen Brown berkata, wanita itu terjatuh dari roller coaster berkenaan. Kata Carmen dia sedang berbaris menunggu giliran menaiki permainan itu apabila kejadian berlaku.


“Mula-mula roller coaster itu naik dan apabila turun, palang keselamatan terbuka dan wanita terbabit terjatuh,” katanya. Six Flags menyatakan kesedihan atas kematian itu dan berkata, sebahagian daripada taman hiburan itu ditutup sementara.


Tidak dapat dipastikan berapa lama penutupan itu berjalan. Texas Giant dibina setinggi bangunan 14 tingkat dan mempunyai rel menurun 79 darjah selain laluan berpusing 95 darjah.
TEXAS Giant, roller coaster paling tinggi di dunia.

Ia boleh membawa sehingga 24 penumpang.


Texas Giant dibuka pada 1990 sebagai binaan yang dibina dengan kayu tetapi melalui ubah suai bernilai AS10 juta (RM30 juta) pada 2011, pengendalinya menggunakan besi hibrid. - AFP

Tuesday, 16 July 2013

14 bulan kelilingi planet Neptune

CAPE CANAVERAL: Seorang pakar astronomi mengkaji imej arkib Neptune yang diambil Teleskop Angkasa Lepas Hubble mengesan bulan ke-14 yang mengorbit planet berkenaan.

Dianggarkan dalam bergaris pusat 20 kilometer, bulan terbabit berada kira-kira 105,251 kilometer dari Neptune.

Pakar astronomi terbabit, Mark Showalter dari Institut SETI di Mountain View, California membuat penyelidikan imej Hubble bagi bulan di dalam serpihan berbentuk cincin di sekeliling Neptune.


Lakaran NASA pada 1989 menunjukkan beberapa bulan mengelilingi Neptune. - Foto REUTERS

"Apabila kembali semula, saya lihat imej dan ada titik tambahan sedangkan ia tidak sepatutnya ada di situ” Mark Showalter, Pakar astronomi dari Institut SETI

Perluas analisis

Beliau menemui bulan ke-14 itu selepas memutuskan untuk memperluas analisisnya ke kawasan lebih luas.

“Kami memproses data untuk beberapa lama dan saya mengatakan bahawa, baiklah, mari kita tengok lebih jauh,”
kata Showalter.

“Saya ubah program yang tidak hanya berhenti di luar serpihan itu. Sementara ia memproses data, saya keluar dari bilik komputer dan menunggu sejam sementara ia memproses semuanya untuk saya.
“Apabila kembali semula, saya lihat imej dan ada titik tambahan sedangkan ia tidak sepatutnya ada di situ,”
kata Showalter.

Analisis susulan imej arkib lain Hubble mengesahkan bahawa objek terbabit adalah bulan.

Showalter dan rakannya kini memikirkan satu nama untuk dicadangkan kepada Kesatuan Astronomi Antarabangsa, yang membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan.

“Kita tidak benar-benar jauh daripadanya. Apa yang boleh saya katakan bahawa nama itu akan keluar dalam mitologi Roman dan Greek dan ia membabitkan karektor berkaitan dengan Neptune, dewa lautan,” kata Showalter.

Bulan terbesar Neptune, Triton dikesan pada 1846 beberapa hari selepas planet itu sendiri ditemui. Nereid, bulan ketiga terbesar Neptune ditemui pada 1949. - REUTERS

Kemaluan dipatuk ular

Gambar Hiasan 

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.


Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.


“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.


Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.


“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.

Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. - Agensi

Ibu berjanggut

Jakarta: Selepas 19 tahun ‘bersembunyi’ di sebalik purdah akhirnya seorang ibu nekad mendedahkan keunikan dirinya kepada umum semalam.

Agustina Dorman, 38, bertindak menyorokkan wajahnya sejak sekian lama bagi mengelak dua anaknya diejek atau dimalukan.


Sebenarnya sebelum ini Agustina tidak mengalami sebarang masalah dan dia hidup sama seperti wanita lain.


Bagaimanapun sejak melahirkan anak pertamanya, Agustina mendapati berlaku perubahan pada dirinya apabila dia ditumbuhi janggut. Disebabkan keanehan itu Agustina mengenakan purdah setiap kali berada di luar rumah bagi mengelak orang lain mempersenda anaknya.




Menetap di Kampung Penaga, Agustina terus berkeadaan begitu sehingga dia mengubah fikiran semalam dan nekad tidak mahu mempedulikan pandangan orang lain.


Menurut Agustina, selain janggut dia juga ditumbuhi misai dan bulu dada.


Katanya, pada peringkat awal dia cuba mencukur atau memotong janggut itu, tetapi gagal kerana mengalami kesakitan amat sangat.


“Akhirnya saya membiarkan ia tumbuh begitu saja,” katanya.


Agustina mengambil keputusan mendedahkan keunikan dirinya itu apabila anak sulungnya diejek penduduk setempat yang mengetahui keadaannya itu.

Monday, 15 July 2013

Lebih bertenaga lepas hisap darah

Pittsburg: Ramai pasangan yang mempunyai tradisi mingguan, tetapi kebanyakannya tidak seaneh yang dikongsi oleh Lia Benninghoff dan Aro Draven.


Mereka yang menjalani kehidupan seperti pontianak, meminum darah masing-masing seminggu sekali.

Lia, 20, bertemu Draven, 38, di laman web mencari jodoh Februari lalu. Kedua-duanya sukakan gaya kehidupan ‘gothic’ dan Draven mahukan hubungan yang lebih intim.

“Apabila dia menjelaskan bahawa perkongsian darah akan menjadikan kami lebih rapat, saya meminta dia untuk mencuba menghisap darah saya,” kata Lia.

“Draven menghiris anggota tubuhnya dengan pisau cukur dan menawarkan saya darahnya. Saya kemudian menghiris anggota tubuh saya dan dia menghisap darah saya.


“Saya merasakan lebih bertenaga apabila darahnya meresapi tubuh saya. Ia pengalaman magis lebih intim daripada seks.”

Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada hari Halloween depan.

Tetapi, mereka belum memberitahu ibu bapa Lia bahawa mereka sudah bertukar menjadi pontianak.

“Ibu bapa saya sangat gembira dengan hubungan saya bersama Draven, tetapi mereka tidak tahu kami pontianak dan Draven yang mengubah saya,” katanya.

Bagaimanapun, bukan mereka saja yang menjalani kehidupan seperti itu.

Julia Caples, 45, juga adalah pontianak dari Wilkes, Barre, Pennsylvania yang menghisap hampir dua liter darah setiap bulan.

Dia menghisap darah penderma yang ditemuinya ketika sesi perjumpaan ghaib atau pengunjung kedai pelik yang dibukanya dekat kediamannya.

“Ketika saya berikan darah untuk dihisap dan turut menghisap darah mereka, saya rasa lebih kuat dan lebih sihat,” katanya.

“Secara santifik, tiada khasiat yang banyak dalam darah, tetapi mungkin terdapat beberapa nilai berharga yang kita belum temui lagi.” - Agensi

10 masjid terbesar di dunia

Beberapa masjid di dunia mampu memuatkan hingga beribu-ribu jemaah. Masjid ini bukan saja menjadi tempat ibadah, tetapi juga bukti kemajuan seni bina peradaban Islam. Berikut adalah 10 masjid terbesar di dunia.

 Masjidil Haram, Arab Saudi


Masjid terbesar di dunia, tentu saja Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi. Ia adalah tempat paling suci umat Islam. Di masjid ini terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Masjidil Haram mempunyai asal-usul sejarah yang sangat panjang sejak zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hari ini, Masjidil Haram mampu menampung 820,000 jemaah dan hingga empat juta pada musim Haji. Struktur bangunannya kini memiliki keluasan 356,800 meter persegi. Namun, kerja meluaskannya terus dilakukan. Masjidil Haram mencatat jumlah paling ramai pada musim haji.



Masjid Nabawi, Arab Saudi


Selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi menjadi masjid kedua terbesar di dunia. Masjid ini adalah masjid paling suci kedua bagi umat Islam.

Masjid Nabawi yang asal dibina pada tahun 622 dan berada di sebelah rumah Nabi Muhammad (SAW). Kini, Masjid Nabawi sudah menjalani beberapa kali peluasan dan tapak rumah Rasulullah (SAW) sekarang berada di dalam Masjid Nabawi di kawasan Raudah.




Masjid Imam Reza, Iran



Masjid Imam Reza ialah masjid ketiga terbesar di dunia dan sekali gus yang terbesar di Iran. Ia terletak di Mashhad, Iran. Masjid Imam Reza ialah masjid terbesar di dunia untuk ukuran bangunan utama iaitu seluas 598,657 meter persegi dan boleh memuatkan 700,000 jemaah.




Taj ul Masajid, India

Masjid terbesar di India dan yang keempat terbesar di dunia ialah Taj ul Masajid. Masjid ini terletak di Bhopal, India. Taj ul Masajid siap dibina pada 1901. Bangunan masjid ini besar kerana ia turut menempatkan madrasah. Taj ul Masajid memiliki kapasiti 400,000 jemaah.

Masjid Istiqlal, Indonesia

Masjid Istiqlal di Jakarta ialah masjid kelima terbesar di dunia. Selain menjadi masjid terbesar di Indonesia, ia juga yang terbesar di Asia Tenggara. Masjid yang terletak di tengah-tengah bandar raya Jakarta ini dapat memuatkan seramai 120,000 jemaah.

Masjid Hassan II, Maghribi

Masjid yang keenam terbesar di dunia terletak di Casablanca, Maghribi, Afrika Utara. Masjid Hassan II turut menjadi masjid yang terbesar di Maghribi dan mampu menampung hingga 105,000 jemaah. Masjid ini siap dibina pada 1993.

Masjid Badshahi, Pakistan

Masjid ketujuh terbesar di dunia ialah Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Masjid ini wujud sejak tahun 1673. Masjid Badshahi dibina pada zaman kesultanan Moghul yang keenam iaitu Aurangzeb. Ukurannya lebih besar daripada Masjid Faisal Pakistan, tetapi hanya dapat memuatkan seramai 100,000 jemaah.

Masjid Jama, India

India bukan saja mempunyai sebuah tetapi dua masjid yang tersenarai dalam masjid terbesar di dunia. Masjid Jama diiktiraf sebagai masjid kelapan terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Delhi, India. Ia dibina pada 1656 dan mampu menampung seramai 85,000 jemaah.

Masjid Faisal, Pakistan

Masjid Faisal yang terletak di Islamabad ialah masjid yang terbesar di Pakistan dari segi kapasiti jemaah. Masjid Faisal memiliki keluasan 5,000 meter persegi. Dalam sekali solat, masjid ini dapat menampung 300,000 jemaah.

Masjid Sheikh Zayed, Emiriah Arab Bersatu

Masjid ini terletak di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan juga menjadi masjid yang terbesar di negaranya. Masjid Sheikh Zayed mempunyai keluasan 6,705 meter persegi dan mampu menampung 40,000 jemaah. Nama masjid ini diambil sempena nama pemimpin Emiriah Arab Bersatu iaitu Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.

Wednesday, 10 July 2013

Tak bersalah makan orang

SMITH (kanan) bersama peguamnya di mahkamah


Florida: Seorang lelaki berusia 35 tahun yang dituduh membunuh dan kemudian memakan sebahagian mayat lelaki gelandangan di Connecticut didapati tidak bersalah atas tuduhan tidak siuman.

Tyree Lincoln Smith dari Bridgeport bagaimanapun akan menghabiskan seluruh hidupnya terkurung, di pusat rawatan jiwa, bukan di penjara.


Panel tiga hakim mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan Smith membunuh mangsa, Angel Gonzales tetapi pada mangsa sama, pihak pembela juga membuktikan tertuduh tidak bersalah kerana tidak siuman.


Keputusan itu disambut gembira oleh anggota keluarga mangsa.


“Keadilan sudah terlaksana. Saya tidak kira di mana dia ditahan asalkan dia dikurung selama-lamanya,” kata Talitha Frazier, adik ipar Gonzales.


Smith ditangkap tahun lalu dan dituduh membunuh lelaki gelandangan yang mayatnya ditemui di tingkat tiga sebuah bangunan tinggal di bandar itu, 39 hari selepas dibunuh.
Polis berkata, Smith berlumuran darah apabila memberitahu sepupunya, Nicole Rabb mengenai pembunuhan itu selepas terasa inginkan darah kerana merasa muak setelah makan steak aneh.


Dia menceritakan bagaimana dia membunuh Gonzalez dengan kapak dan menghancurkan muka serta kepala mangsa.


Smith kemudian memberitahu Nicole, dia memakan satu mata mangsa yang didakwanya rasa seperti kerang sebelum makan sebahagian otak mangsa di kawasan tanah perkuburan berhampiran.


“Smith memberitahu sepupunya bahawa kepala Gonzalez hancur sehinggakan dia boleh mengambil mata dan otak mangsa dengan mudah,” menurut dokumen mahkamah. - Agensi

Tuesday, 29 May 2012

Kemaluan untuk santapan




TOKYO: Seorang lelaki menjalani pembedahan membuang kemaluannya sebelum memasak senjata sulitnya itu dan menyajikannya kepada lima tetamu.

Mao Sugiyama, 22, lelaki aseksual, secara sukarela menjalani pembedahan untuk membuang kemaluannya.


Bagaimanapun, pelukis ilustrasi itu membawa pulang kemaluan dan buah zakarnya dari hospital dan mengadakan parti.

Dia mengenakan bayaran sebanyak RM640 terhadap setiap tetamu untuk memakan kemaluannya yang dihiasi dengan cendawan dan daun parsli di Tokyo.


Sebelum menikmati makanan itu, tetamu duduk untuk mendengar mainan piano dan mengambil bahagian dalam satu perbincangan, lapor CalorieLab.com.


Sugiyama memasak sendiri kemaluannya dengan dipantau seorang chef.

Dia menawar untuk berbuat demikian dalam laman Twitternya kepada seorang tetamu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM4,000 tetapi kemudian mengambil keputusan membahagi-bahagikan ‘makanan’ itu kepada lima tetamu.


“Saya menawarkan kemaluan saya (zakar, buah zakar dan kantung zakar) untuk dimakan dengan harga 100,000 yen (RM4,000). Saya warga Jepun.

“Saya menjalani pembedahan untuk membuang organ itu. Saya disahkan bebas daripada sebarang penyakit kelamin. Organ itu berfungsi normal dan saya tidak pernah menjalani rawatan hormon wanita.


“Pembeli pertama yang berminat akan memperolehnya. Saya juga bersedia menjualnya kepada sekumpulan pembeli. Saya akan memasak seperti yang dikehendaki pembeli di lokasi yang dipilih mereka. Jika ada soalan, sila hubungi saya menerusi e-mel,” tulisnya dalam laman Twitter.


Kira-kira 70 orang hadir pada acara itu yang diadakan di daerah Suginami di Tokyo.


Ketika lima orang memakan kemaluan Sugiyama, yang lain makan daging lembu atau buaya.


Mereka yang memakan kemaluan itu ialah pasangan suami isteri berusia 30 tahun, seorang wanita 22 tahun, seorang lelaki 32 tahun dan perancang majlis, Shigenobu Matsuzawa, 29.


Sugiyama meminta tetamunya menandatangani surat yang menyatakan dia tidak akan didakwa sekiranya mereka sakit selepas memakan kemaluannya.


Penganjur parti itu berjenaka sebelum acara berkenaan dengan berkata, dia akan menyiarkan resipi masakan itu menerusi Internet.


CalorieLab.com memetik seorang tetamu sebagai berkata, kemaluan itu liat dan tidak mempunyai rasa.


Polis Suginami yang dihubungi enggan melakukan siasatan dengan alasan ia tidak melanggar undang-undang.


Sugiyama juga menjalani pembedahan membuang puting teteknya.


Selaku aseksual yang tidak berminat terhadap kegiatan seks, Sugiyama tidak akan menggantikan kemaluannya dengan kemaluan tiruan. - DM

Monday, 28 May 2012

Ibu cungkil mata anak


Gambar Hiasan


MEXICO CITY: Polis di pinggir Mexico City menahan seorang wanita dan beberapa saudaranya kerana disyaki mencungkil mata anak lelaki berusia 15 tahun dalam satu upacara yang didorong oleh dadah.

Remaja lelaki itu dibawa ke hospital di Nezahualcoyotl, bandar di sempadan Mexico City, dalam keadaan serius awal pagi kelmarin dan dipindahkan menggunakan helikopter ke hospital pakar, kata pegawai.
Jurucakap Nezahualcoyotl, Fernando Chavez berkata, seseorang menahan kereta polis dan melaporkan kejadian itu dan apabila pegawai polis masuk ke rumah itu, mereka dapati ibu memegang anaknya dalam keadaan masih terperanjat.

“Apabila wanita itu membenarkan anggota polis memeriksa remaja itu, mereka terperanjat melihatnya tidak mempunyai mata,” katanya dalam satu kenyataan.


Pendakwa Raya Mexico City, Isaac Acevedo memberitahu media tempatan, sejumlah lapan orang ditahan dan penyiasat percaya, ibu remaja itu yang mencungkil mata remaja itu. - AP

Sunday, 27 May 2012

Potong, jual daging manusia


Gambar hiasan


BEIJING: Polis di barat daya China, menahan seorang lelaki disyaki membunuh lebih 20 remaja lelaki dan memotong badan mereka untuk dijual.

Laporan media Hong Kong dan China mengatakan, polis membuat penemuan ngeri itu ketika menyiasat kehilangan beberapa remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu.
Laman web Guanxi News melaporkan, Zhang Yongming, 56, ditahan dua minggu lalu di rumahnya di Kampung Nanmen di Yunnan dan kini disiasat di atas pembunuhan remaja 19 tahun lewat April lalu dan kehilangan lelaki lain.

Polis menyiasat rumah Zhang dan menjumpai telefon bimbit, kad bank dan beberapa bukti yang lain.


Laman web itu berkata, berpuluh remaja lain hilang dari kampung itu sejak beberapa tahun lalu.


Katanya, Zhang seorang yang hidup bersendirian, tidak pernah bercakap dengan jirannya, pernah merengkuk di penjara selama 20 tahun kerana membunuh.

Di kampung itu dia dikenali sebagai “raksasa yang makan daging manusia.”

Laporan media itu turut memetik kata-kata jiran yang berkata, mereka nampak tulang putih terkeluar daripada beg plastik hijau yang digantung di rumahnya.

Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan, polis menemui mata manusia yang disimpan di dalam botol wain, seperti “wain ular” dan potongan daging yang kelihatan seperti daging manusia digantung untuk dikeringkan, di rumah Zhang.

Polis berkata, Zhang mungkin memberi makan daging manusia kepada tiga anjingnya dan menjual daging bahagian lain di pasar dengan mengatakan ia daging “burung unta.”

Polis tempatan enggan memberi komen dan berkata maklumat akan diberi pada “masa yang sesuai” dan hampir semua laporan mengenai kes itu ditarik balik daripada laman web China, semalam.

Carian atas talian untuk “kehilangan di Yunnan” juga diblok.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, Beijing menghantar pasukan khas ke Yunnan untuk memantau siasatan kehilangan remaja tetapi tidak merujuk kepada butir mengerikan yang terkandung dalam laporan lain.

Polis berkata, keluarga mangsa pada mulanya menyangka mereka diculik dan dipaksa bekerja di kilang membuat batu.

Dua ketua polis dipecat dan kerajaan menggesa supaya kes itu diselesaikan dengan cepat. - AFP

Sunday, 8 April 2012

6 cara berkesan mengubati mata kering

Mata terasa panas, pedih dan berpasir?. ini mungkin cara paling sesuai untuk anda mengatasinya



1. Penitis air mata(Artificial Tears)

Punca:Mata akan terasa pedih dan berpasir apabila terlalu lama menghadap pada skrin komputer atau pun berjaga malam.

Cara berfungsi :Diperbuat daripada bahan seperti glycerin dan natural oil. konsep "eye drop" ini dapat menghilangkannya dengan cara mengembalikan kelembapan mata buat sementara.

Cara penggunaan : Letakkan beberapa titis pada kedua-dua belah mata apabila tidak berasa selesa. walaubagaimanapun apabila anda perlu menggunakannya melebihi daripada 4 kali anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor mata anda. Doktor anda akan mencadangkan agar anda menggunakan kepada ubat titis mata tanpa pengawet, dimana ianya lebih dari untuk kegunaan harian. manakala untuk pengguna kata sesentuh ada disarankan untuk membaca pada label"re-wetting drop." ini bermaksud ianya sesuai digunakan untuk pengguna kata sesentuh.



2. Omega- 3s

Punca : Kepada yang tidak gemarkan penitis mata

Capa berfungsi : asid omega dapat membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyumbang kepada sindrom mata kering ( dry-eye syndrome, DES). Dalam satu kajian pada tahun 2005 oleh pengkaji-pengkaji perubatan di Harcard mendapati wanita yang menggunakan Kadar omega yang tinggi dalam diet mereka mempunyai risiko rendah untuk mengalami radang DES. Dan satu kajian pada tahun 2010 di university Texas mendapati penduduk yang mengamalkan pengambilan tambahan minyak ikan omega yang mengandungi 450 mg asid lemak EPA dan 300mg DHA dan 1000gm minyak bijian flax, menghasilkan lebih banyak air mata.

Cara penggunaan: Mengambil beberapa hidangan yang mempunyai kandungan minyak ikan yang tinggi seperti ikan salmon untuk menu mingguan anda. Bertemu dengan doctor anda tentang cara pengambilan minyak ikan harian. Pengambilan makanan tambahan omega 3 berlebihan boleh mengakibatkan sakit perut.


3. Titisan Preskripsi

Punca: Rawatan kronik DES

Cara berfungsi: Titisan preskripsi (Restatis) ini mengandungi dadah siklosporin yang dapat membantu menambahkan pengeluaran air mata semulajadi. Berdasarkan Korean Journal Ophthalmology ianya berkesan dalam jangka masa 3 bulan selepas digunakan .

Cara penggunaan: Mengambil setitik setiap mata dua kali sehari. Titisan ini boleh digunakan selamanya sekiranya anda dibawah penjagaan doctor.


4. Balutan panas pada mata

Punca: Penitis mata tidak boleh boleh mengatasinya mata kering.

Cara berfungsi: Mata sendiri mengeluarkan pelincir mata sendiri terdiri daripada air dan bahan berminyak untuk mata sentiasa dalam keadaan lembap melalui kelenjar-kelenjar sepanjang kelopak mata. Jika sel-sel dalam kelenjar-kelenjar mengeras dan menutup pembukaan kelenjar menghalang minyak dari masuk kedalam film mata. Tanpa minyak itu air dalam mata akan mongering terlalu cepat dan mengakibatkan mata terasa kering. Melalui balutan panas ini dapat mencairkan agar minyak dapat mengalir kedalam mata.

Cara penggunaan : letakkan kain lembab suam di sekeliling mata selamat 10 minit sekali secara dan keperluan.


5. Membersihkan Kelopak Mata.

Punca: Keadaan mata kering dan keadaan mata yang terkupas sepanjang kelopak mata adalah tanda kepada penyakit blepharitis, dan keradangan dandrufflike pada kelopak mata.

Cara berfungsi: pesakit blepharitis cenderung untuk menguluarkan minyak yang berlebihan dan menghalang kelenjar-kelenjar dan ini mengakibatkan mata kering dengan cepat. Mencuci mata ditempat yang tidak sesuai akan memburukkan lagi masalah.

Cara penggunaan: urut dan bilas dikawasan bermasalah sekali sehari, sebaiknya sebelah malam. Jika masalah berlarutan sila bertemu doctor anda.



6. ophthalmic inserts

Punca: melegakan kekeringan mata tanpa tindakbalas terhadap ubat-ubatan

Cara berfungsi: hanya didapati melalui preskripsi. Sisipan lacrisert ialah manic-manik selulosa yang diletakkan di kelopak bawah mata. Ianya akan terlarut perlahan-lahan dan tergaul bersama-sama air mata dan akan berterusan sepanjang hari.

Cara penggunaan: masukkan sebiji manic dua kali sehari . seperti titisan preskripsi boleh digunakan berpanjangan dengan penjagaan doctor.


Saturday, 7 April 2012

Pendedahan Gambar-Gambar Kapal Titanic yang tersembunyi


Gambar-gambar ini telah digunakan semasa proses reka bentuk set untuk filem "Titanic,".
Disebabkan oleh dokumentasi luar biasa mereka menyediakan mengenai hidup di kapal lautan. Gambar-gambar mendedahkan bilik latihan, penumpang-penumpang menaiki papan titian dan bagasi sedang dimuatkan, serta ukuran utama kapal sendiri.Gambar ini yang telah di ambil oleh Francis Browne,seorang paderi.

Seorang budak lelaki sedang bermain diatas deck kapal

Pemeriksaan jaket keselamatan

Queenstown, menjual kain-kain renda irish

Di gymnasium



Cerita Browne sungguh mengagumkan seperti gambar-gambar uniknya: Dia telah ditawarkan sekeping tiket penerbangan untuk ke NewYor untuk acara titanic berikutnya.

Gambar-gambarnya telah menjadi terkenal dan 24 buku gambar-gambarnya telah diterbitkan



Bangkai Titanic telah menjadi satu sumber tarikan untuk berjuta-juta orang. Imej-imej baru bangkai baru-baru ini telah didedahkan paparan buat kali pertama dengan ayat “bot yang tidak boleh tenggelam” namun telah terbenam dengan senyap 12,500 kaki di bawah permukaan Lautan Atlantik.
Ahli-ahli kapal berada di atas deck utama



Gambar-gambar terbaru, telah dipertontonkan pada April 2012 melalui National Geographic journal bertepatan dengan ulang tahun ke-100 bangkai kapal titanic ia turut mendedahkan keluasan penuh kapal, daripada imej-imej malap cebisan-cebisan badan kapal atas kepingan-kepingan bangkai yang dapat dilihat sehingga kini.

Menunggu giliran untuk kerja

Thursday, 19 January 2012

Keenakan sambal tahun kerang

Cadangan Hidangan



SAMBAL tahun kerang selalu dimasak di musim perayaan atau kenduri-kendara yang sangat digemari masyarakat Jawa. Selain kerang, ada yang menggunakan ikan bilis ataupun perut lembu. Apa yang penting, kepedasannya yang menyengat kerana itu yang paling memikat tetamu.

Kenapa ia dipanggi sambal tahun? Rupa-rupanya kerana teknik masakannya yang lama berserta api sederhana, ia boleh tahan lama. Sambal ini boleh disimpan dan semakin lama semakin sedap rasanya.

Resipinya mungkin seperti rendang ataupun masak lemak cili api saja kerana menggunakan santan, halia, lengkuas dan serai tetapi kelainannya dirasai kerana tambahan taucu.

Masak lemak ditambah taucu? Ternanti-nanti bagaimana rasanya tetapi setelah siap dan makan bersama nasi panas, baru tahu betapa sedap resipi ini yang boleh dimakan bersama nasi mahupun dinikmati dengan nasi himpit.

Bahannya:

2 kilogram kerang
5 sudu minyak
4 inci lengkuas dihiris halus
Santan (sebiji kelapa, ambil patinya)
2 sudu taucu
Sekeping asam keping
20 biji cili padi (atau mengikut selera)
Garam, gula dan perasa secukup rasa


Bahan ditumbuk:

2 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan
2 inci halia

Cara-caranya:

SEDIAKAN...lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, serai, asam keping dan belacan.

JANGAN LUPA...sediakan juga taucu, cili padi dan santan.

LEBIH SEDAP...ditumbuk bahan dengan lesung batu lebih sedap rasanya.


TUMIS...bahan ditumbuk itu ditumis hingga naik bau. Masukkan taucu dan kacau beberapa minit.

DIDIHKAN...masukkan cili padi, lengkuas, santan dan asam keping. Biarkan mendidih dalam api sederhana.

KERANG PULA...kemudian masukkan kerang dan masak hingga kering. Pastikan ia sentiasa dikacau supaya tidak hangus.




Wednesday, 18 January 2012

Bunuh zirafah untuk seronok

Bergambar dengan Bangkai zirafah



Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.

Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.


Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: “Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia.


“Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. “Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.


Pemburu terbabit membayar sehingga 10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak 1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan 1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu.

Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000.


Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria.

Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan. - The Sun

Monday, 16 January 2012

Tudung artis jadi ikutan

HIJAB - fesyen atau kewajipan bagi seorang muslimah? Dalam konteks pemakaian wanita Islam, hijab atau bertudung bertujuan memelihara aurat adalah satu kemestian bagi mereka yang sudah akil baligh.

Bagaimanapun, pemakaian bertudung kala ini berubah menjadi mania fesyen dengan cetusan yang diilhamkan oleh pereka fesyen kreatif dan bercita rasa tinggi. Sementara golongan artis pula bertindak sebagai penggaya sekali gus mempopularkannya.

Gaya muslimah



Satu ketika dulu pemakaian tudung Wahida Wassini pernah menjadi ikutan. Kemudian stail Yuna di bawah penataan gaya pereka muda terkenal, Hana Tajima membikin fenomena dan kini sang pelantun Cinta Muka Buku, Najwa Latif yang turut di inspirasi pereka sama mencipta satu lagi gaya unik dalam pemakaian hijab.

Pun begitu kedua-dua mereka mempunyai stail yang berbeza. Jika cara Yuna berhijab dikategorikan sebagai elegan, Najwa pula dengan gabungan pelbagai warna lebih kepada unsur-unsur ‘street’ bertepatan dengan kehendak remaja masa kini.



Tatkala membuat persembahan Najwa lazimnya gemar mengayakan ‘cardigan’, tali pinggang, ‘skirt’ dan gaun labuh.


Lihat saja foto-foto menarik yang menyerlahkan fesyen bertudung dikalangan anak muda masa kini. Mainan warna yang penuh dramatik dengan gaya ranggi namun, ia masih mampu menyerlahkan keayuan serta kesopanan wanita Muslim!

Fasha tak perlu majlis besar-besaran




KISAH cintanya dengan kekasih hati, Rizal Ashram Ramli atau Jejai kembali hangat diperkatakan ketika ini. Terbaru, aktres jelita Fasha Sandha digosipkan bakal mengakhiri hubungan cintanya dengan Jejai menerusi ikatan perkahwinan pada Mac ini. Malah, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan dikatakan sudah membuat pengakuan mengenainya di laman sosial tempatan.

Menurut gosip yang tersebar itu, majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia dan dijangka dihadiri seramai 200 orang membabitkan anggota keluarga terdekat dan wakil media tempatan.

Semuanya gara-gara gambar Fasha mencuba gaun pengantin tersebar meluas di Internet. Namun, sampai hari ini, Fasha masih berteka-teki mengenai perkara itu. Ternyata, dia lebih selesa mengunci mulut daripada bercerita soal perkahwinan itu. Baginya, jodoh, pertemuan dan ajal ketentuan Tuhan.

Gaun Pengantin



“Setakat ini jawapan saya adalah tidak. Tapi kita tidak tahu apa akan berlaku esok. Saya faham, kehendak peminat yang sentiasa inginkan saya cepat berkahwin.

Terima kasih kepada mereka yang mendoakan perkara baik-baik buat saya. Insya-Allah, apabila tiba masanya ia akan terjadi, saya akan kongsi berita gembira itu.

“Maaf, saya tiada komen mengenai isu mencuba gaun pengantin di Internet itu dan gosip berkahwin dengan Jejai di Jakarta. Setakat ini, jawapan saya adalah belum bersedia dan lebih selesa mengunci mulut. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok,” katanya.

Ditanya mengapa dia masih berteka-teki soal kahwin itu, Fasha menafikannya.

“Saya tidak pernah bermain dengan teka-teki. Jawapan saya mudah sekali, saya tidak bersedia dan kita tidak pernah tahu apa akan terjadi esok. Pepatah ‘silence is golden’ itu saya pegang. Saya selalu belajar daripada kesilapan diri sendiri dan orang lain. Itu mematangkan diri saya.

“Insya-Allah, bila tibanya hari bersejarah saya pasti mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis perkahwinan kami. Apapun, terserah pada bakal suami tapi saya yakin bakal suami mengizinkan nanti.

“Saya juga tidak merancang majlis perkahwinan secara besar-besaran. Oh tidak sama sekali. Perkahwinan tidak perlu jadi `Wedding Of The Year’, biarlah `simple but memorable’. Sederhana dan diingati, itu lebih baik,” katanya.

Bukan saja isu kahwin, Fasha juga sering dihimpit kontroversi yang sedikit sebanyak menjatuhkan nama baiknya. Namun, dia tetap kalis dan tenang menepis segala gosip berkenaan.

“Keluarga, peminat dan sahabat adalah kekuatan selama ini. Saya tidak perlu bimbang mengenai apa-apa pun kerana peminat sudah pandai menilai yang mana betul dan mana tidak. Kontroversi adalah asam garam untuk artis yang dikenali.
Jadi setiap artis akan melaluinya. Jadi harus tenang selalu, kontroversi akan berlalu begitu saja,” katanya.



7 perkara mengenai Fasha Sandha


Warna Kegemaran: Ungu
Makanan Kegemaran: Laksa Mama
Filem Terakhir Yang Ditonton: Ombak Rindu
Aktor Lelaki Yang Anda Ingin ‘Dating’: Tiada
Saiz Kasut: 8
Negara Yang Ingin Dikunjungi: Itali
Haiwan Yang Paling Ditakuti: Pacat

Sunday, 15 January 2012

Ramai wanita pilih ‘kasut pembunuh’

MUNGKIN anda perasan, tumit kasut wanita sekarang semakin tinggi. Memang nampak cantik apabila digayakan tetapi sedarkah anda banyak kasut tumit tinggi terutama yang halus dan runcing boleh memberi kesan buruk bukan saja pada kaki tetapi keseluruhan badan?

Tidak hairan jika ada pakar penjagaan kaki atau podiatris menggelar kasut tumit tinggi ini sebagai ‘kasut pembunuh’ kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah daripada buku lali tergeliat sehinggalah kesakitan kronik.

kesan kasut tumit tinggi

Masalah: Sama ada tumit tinggi atau separa tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan pada belakang tumit. Material kasut yang keras akan menekan bahagian tulang kaki sehingga boleh membuatkan kaki melecet, bengkak, sakit atau tendon Achilles (iaitu keadaan di mana tendon pada otot di bawah betis, di pergelangan kaki akan alami kecederaan). Bentuk kaki juga akan berubah sedikit di mana tulang pada kaki akan tertonjol keluar.
Kasut yang tumitnya terlalu tinggi akan memaksa semua tekanan (beban badan) tertumpu pada bola kaki. Bola kaki ini ialah bahagian kaki paling lebar di bawah ibu jari. Walaupun saiznya kecil, tetapi di sinilah pertemuan beberapa
tulang dan tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tulang dan saraf di kawasan ini mengalami keradangan. Bahkan tekanan yang terlalu banyak juga boleh membuatkan tulang mengalami keretakan halus dan mengakibatkan kesakitan. Selain itu, semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan risiko pergelangan kaki terseliuh.

Penyelesaian: Carilah kasut dengan tumit lebih rendah. Ia dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan risiko mengalami masalah yang disenarai di atas, tetapi pada masa sama, masih boleh bergaya. Pakar podiatris menyarankan memilih kasut yang tumitnya tidak lebih daripada dua inci (lima sentimeter) - itu pun tidak dipakai selalu.


Kasut tumit halus

Masalah: Walaupun semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah, kasut yang lebih berbahaya ialah bertumit halus. Ini kerana semua berat badan akan tertumpu pada satu pusat saja. Orang yang memakai kasut tumit halus perlu berjalan lebih perlahan dan berhati-hati kerana risiko untuk terseliuh atau jatuh sentiasa menunggu, apatah lagi jika lantai agak licin.

Penyelesaian: Jika masih mahu memakai kasut tumit tinggi, carilah tumit yang tebal supaya berat badan diagihkan lebih sekata pada tumit. Ini membuatkan kaki lebih stabil berbanding memakai kasut tumit halus. Pun begitu, tekanan masih dirasai pada bola kaki, tetapi pemakaian kasut tumit tebal akan mengurangkan risiko jatuh.


Kasut tapak rata

Masalah: Siapa kata kasut tapak rata ini ‘mesra’ pada kaki? Berdasarkan perbandingan yang dijalankan Jurucakap Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika, Hillary Brenner, kasut tapak rata ini tidak memberikan sebarang sokongan kepada kaki. Ia menghalang kaki daripada berfungsi sepenuhnya dan boleh menyebabkan masalah lutut, pinggul dan pinggang. Kekurangan atau ketiadaan sokongan pada tapak kaki dikaitkan dengan kesakitan yang dipanggil plantar fasciitis (keradangan pada tisu tapak kaki dan membuatkan tumit sakit ketika berjalan).

Penyelesaian: Jika suka memakai kasut tapak rata, beli pelapik kasut yang boleh memberi sokongan kepada kaki, sekali gus memberi kusyen pada tumit. Pelapik ini terutama yang dibuat khas untuk kaki akan mengurangkan semua masalah dan kesakitan kaki. Sokongan pada lengkungan tapak kaki akan mengurangkan tekanan pada bahagian kaki yang sensitif.


Selipar

Masalah: Ia tidak menawarkan perlindungan pada kaki dan kaki anda terdedah kepada kecederaan. Mereka yang ada kencing manis tidak digalakkan memakai selipar untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Ingat, pada
pesakit kencing manis, luka yang kecil pun boleh mendatangkan kemudaratan kerana kaki mereka sudah tidak sensitif dan mungkin tidak sedar luka menjadi semakin teruk.

Apa yang lebih membimbangkan, luka yang tidak dirawat dengan rapi boleh menyebabkan gangren (tisu mati) sehingga membawa kepada pemotongan kaki (amputasi).

Selipar juga seperti kasut tapak rata, ia tidak memberi sokongan kepada kaki.

Penyelesaian: Carilah selipar sporty yang memberi lebih banyak sokongan pada kaki. Tapak selipar yang lebih tebal akan melindungi kaki daripada berasa sakit terpijak batu. Lebih baik jika selipar itu direka mengikut lengkungan tapak kaki.


Kasut tebal dan baji

Masalah: Kasut tebal dan baji biasanya mempunyai lantai yang keras dan ia menghilangkan biomekanik ketika berjalan. Ini akan membuatkan kaki cuba membengkok dalam cara tertentu, tetapi tidak berjaya kerana kasut yang keras. Jika tumitnya jauh lebih tinggi daripada bahagian ibu jari, maka tulang jari kaki akan berasa banyak tekanan.

Penyelesaian: Beli kasut tebal atau baji yang lebih rendah. Walaupun ia masih tidak disarankan, kasut ini tidak memberikan banyak tekanan berbanding kasut bertumit tinggi. Kalau masih mahu memakainya, selang selikan dengan kasut jenis lain, bukan dipakai setiap hari.


Kasut runcing di depan

Masalah: Ia mungkin nampak bergaya, tetapi kasut runcing di depan ini akan menghimpit keseluruhan bahagian depan kaki. Selepas satu tempoh, ia akan menyebabkan kesakitan saraf, bunion (ada benjolan sakit di bawah ibu jari dan menyebabkan jari bengkok), melecet dan jari kaki bertindan serta senget. Kasut runcing di depan adalah faktor paling biasa yang menyebabkan masalah bunion pada wanita.

Selain itu jari kaki akan nampak cacat kerana ia dipaksa berhimpit antara satu sama lain. Apabila kecacatan berlaku, ia tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal kecuali melalui pembedahan.

Penyelesaian: Cari kasut yang mempunyai rekaan lebar di depan. Jika masih mahukan kasut yang runcing di depan, pilih kasut yang bahagian runcing ini melepasi jari.


Salah saiz

Masalah: Sembilan daripada 10 wanita membeli kasut yang satu saiz lebih kecil kerana mahu kaki mereka nampak comel. Malangnya ia boleh menyebabkan belulang, melecet, bunion dan pelbagai masalah lain. Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak kini juga memakai kasut yang salah saiznya dan meningkatkan risiko mengalami kecacatan kaki ketika membesar.

Penyelesaian: Ukur kaki dan beli kasut yang sepadan dengan saiz kaki.
Ketika mencuba, cuba kasut baru sambil berdiri dan berjalan. Lebih baik beli kasut pada waktu petang ketika kaki kembang sedikit. Paling penting, ia perlu selesa dan memberi sokongan yang diperlukan oleh kaki dan seluruh badan.

Usah abai buang air besar

JIKA di kawasan perumahan anda ada tertampal poster yang mengajak menjalani saringan kanser usus secara percuma, janganlah memandangnya sebelah mata. Ia adalah peluang baik untuk membawa ibu bapa yang sudah berumur menjalani pemeriksaan awal tanpa perlu bersusah payah ke hospital.

Meskipun kanser usus lebih kerap berlaku pada warga senior (berumur 50 tahun ke atas) kaum Cina, tidak bermakna kita yang berbangsa lain terlepas daripada kemungkinan menghidap penyakit ini kerana serangan kanser tidak mengenal batasan keturunan dan kedudukan


Anda tidak perlu risau menyertai program saringan kanser usus atau kolon anjuran Persatuan Advokasi Kanser Malaysia, Empowered! kerana ia dikendalikan doktor pakar dan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan perubatan. Malah anda juga tidak perlu beratur panjang di hospital kerana kumpulan sukarelawan ini yang akan datang ke kawasan perumahan terpilih untuk memberikan perkhidmatan mereka secara percuma.

Menurut Presiden dan Pengasas Empowered!, Dr Christina Ng, saringan ini diadakan khas untuk golongan berpendapatan rendah supaya jika ada kanser bahaya ini dapat dikesan awal. Semua orang tahu rawatan untuk kanser bukan murah, justeru lebih baik jika ia dapat dikesan awal kerana rawatannya akan lebih mudah (dan pastinya agak murah).

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.


Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.

Tanda-tanda

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:


Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

Najis bercampur dengan darah.

Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

Perut rasa memulas.

Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

Muntah.

Hilang selera makan.

Berat badan turun tanpa sebab.

Kerap penat.

Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.


Faktor risiko

Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.

Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.

Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

Kurang bersenam.


Saringan dan pengesanan

Diagnosis kanser boleh datang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran dan oleh kerana ia biasanya dianggap ‘pembawa maut’, ramai pesakit mengalami gangguan emosi tatkala disahkan menghidap penyakit ini.

Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi. Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat mereka menghidap kanser.

Sebenarnya pesakit kanser usus ada peluang sembuh yang tinggi, iaitu antara 85 hingga 95 peratus, jika penyakit dikesan awal (pada peringkat pertama) dan peluang ini menurun kepada 60 hingga 80 peratus andai menerima rawatan ketika kanser di peringkat kedua.

Namun dalam kebanyakan kes, pesakit lambat datang mendapatkan rawatan. Jawatankuasa Gabungan Amerika Untuk Pengenalan Peringkat Kanser Usus melaporkan, kebanyakan pesakit (30 hingga 40 peratus) berjumpa doktor ketika kanser mereka pada peringkat ketiga dan 20 hingga 25 peratus lagi apabila penyakit di tahap serius (peringkat keempat).

Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara kita. Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat.

Sebabnya sebaik disahkan menghidap kanser, usah bertangguh mendapatkan rawatan di hospital. Lebih cepat anda mendapat rawatan, peluang sembuh lebih tinggi dan bagi kes serius, rawatan dapat memanjangkan hayat anda antara 26 hingga 29 bulan.

Mungkin ada yang berkata, perlu apa bersusah payah mendapatkan rawatan jika hanya dapat memanjangkan jangka hayat kepada beberapa bulan. Itu pendapat orang sihat tetapi bagi pesakit, ia sangat penting kerana dalam tempoh itu mereka boleh melakukan banyak perkara seperti menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

Menyedari ramai pesakit tidak mampu membayar kos rawatan kanser yang mahal, Dr Christina memulakan program saringan sejak dua tahun lalu dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah.

“Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.

“Pesakit kanser usus peringkat awal sebenarnya mempunyai peluang sembuh yang tinggi jika ia dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya. Apa yang penting ialah datang ke hospital menjalani ujian saringan atau menyertai program Empowered! bagi yang berkelayakan,” kata perunding onkologi itu.

Apa yang pasukan sukarelawan Empowered! lakukan? Mereka akan mengagihkan risalah ke setiap rumah untuk memberitahu mengenai kanser usus. Selain itu di kawasan terpilih, sukarelawan ini akan menampal poster dan kain rentang mengajak penduduk menyertai program saringan berkenaan.

Sasaran Empowered! ialah golongan berpendapatan rendah yang kurang pendedahan dan pengetahuan mengenai kanser usus, serta tidak mempunyai masa menjalani saringan kesihatan mahu pun menyertai ceramah kesihatan. Ini kerana setiap kes kanser usus menunjukkan peningkatan dengan purata 3,500 kes setahun dan program ini menjadi lebih penting kerana Malaysia kini menuju ke arah masyarakat berumur-yang bermakna setiap orang berisiko mendapat kanser usus.

“Program ini sangat berkesan dan bermanfaat. Tahun lalu, kami mendapat 600 penyertaan, lebih tinggi berbanding tahun pertama program ini diperkenalkan. Setiap peserta akan diberikan penerangan mengenai kanser usus dan kit untuk mengambil sampel najis masing-masing. Peserta akan diajar bagaimana cara mengambil sampel najis mereka dan kit ini akan dipungut oleh sukarelawan yang datang ke rumah peserta sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisis.

“Empowered! bukan saja menyediakan buku panduan malah ada perkhidmatan bas untuk membawa penduduk mendengar ceramah dan penerangan mengenai kanser usus. Saya rasa susah payah sukarelawan yang bersengkang mata melaksanakan program kemasyarakatan ini termasuk bermesyuarat, mengorbankan cuti hujung minggu dan mengetuk 20,000 pintu rumah penduduk adalah sangat berbaloi, apatah lagi apabila melihat penduduk mula sedar dan faham mengenai penyakit,” katanya. Penduduk yang menyertai program ini bukan saja mendapat saringan awal kanser usus percuma tetapi turut diberikan sekampit beras!

Namun cabaran sebenar dihadapi 240 sukarelawan yang terdiri daripada pakar pemakanan, pakar fisioterapi, kaunselor, pelajar perubatan dan rakan yang menemani peserta ke hospital ialah apabila peserta disahkan menghidap kanser. Dalam keadaan ini mereka (peserta) sangat memerlukan sokongan daripada keluarga, rakan dan anggota kesihatan supaya mereka tabah serta segera menjalani rawatan. Inilah sebabnya ada sukarelawan yang dikhususkan bertugas menemani pesakit ke hospital.

Biasanya apabila ada acara kesihatan, rata-rata pesertanya adalah wanita tetapi berbeza dengan Empowered! kerana 60 peratus peserta terdiri daripada lelaki. Ini dianggap satu perkembangan yang memberangsangkan kerana semakin ramai ketua keluarga mulai sedar kepentingan menjaga kesihatan. Bahkan pasukan sukarelawan menggalakkan seisi keluarga untuk menyertai program yang diadakan di tempat mereka.

Berdasarkan pemeriksaan makmal untuk saringan tahun pertama didapati dua peratus peserta mempunyai keputusan tidak normal iaitu najis mereka mengandungi darah. Peserta ini kemudiannya dihubungi untuk menjalani ujian susulan bagi memastikan sama ada kandungan darah dalam najis mereka disebabkan kanser atau masalah kesihatan lain dan diberikan rawatan sewajarnya.

Pakar kesihatan menganggarkan 70 peratus kes kanser usus boleh dicegah melalui perubahan tabiat pemakanan dan bersenam. Malah, melakukan aktiviti yang kurang menggunakan tenaga selama dua jam seperti membersihkan rumah juga didapati boleh memberi banyak perubahan kepada kesihatan seseorang.

Melalui program yang sama, penduduk diajar cara untuk mengurangkan risiko mendapat kanser iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti:

Mengambil pemakanan seimbang

Mengekalkan berat badan normal

Meningkatkan aktiviti fizikal

Melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.