Soalan: Apakah perbezaan ketara di antara kekili air tawar dengan air masin dan apa makna pada bacaan PE4-PE8 yang dicetak pada batang joran.
Jawapan: Tidak banyak beza jika kita lihat secara fizikal, kedua-duanya boleh digunakan. Kekili air masin biasanya dilengkapi bahan yang mempunyai ketahanan daripada karat dan hakisan atau mudah haus. Kekili air masin juga biasanya bersaiz besar daripada apa yang digunakan untuk aktiviti air tawar.
Secara teori, air masin mempercepatkan kadar karat pada kekili berbanding air tawar. Mencuci kekili selepas memancing boleh mengurangkan risiko kekili karat. Jenis kekili yang baik untuk air masin adalah bila kebanyakan skru, komponen dan juga alas bebola diperbuat daripada keluli tahan karat.
Sesetengah kekili memang diperbuat khas untuk kegunaan air masin. Contohnya bila ada kenyataan - salt water series - yang mempunyai ciri kalis air dan menggunakan alas bebola jenis tahan karat. Badan kekili ini juga diperbuat daripada gentian aluminium aloi aeroangkasa.
Namun kekili yang mempunyai ciri-ciri sebegini harganya tinggi di pasaran. Pemancing mewah mampu memilikinya kerana harga sebatang boleh mencecah ribuan ringgit. Bagaimanapun masih ada banyak pilihan untuk mencari kekili sesuai kegunaan air masin iaitu jenis kalis air walaupun tidak semua kekili mempunyai ciri sedemikian.
Kekili yang dibina untuk kegunaan air masin juga boleh digunakan untuk air tawar. Sebenarnya tidak banyak kekili yang ada di pasaran dikhaskan untuk satu jenis padang pancing saja kerana ia bergantung kepada pemancing itu sendiri.
Pemancing harus peka dengan peralatan yang digunakan kerana semua kekili sesuai untuk air tawar, manakala jika joran sama perlu digunakan di kawasan air masin, lihat ciri binaan dalamannya terlebih dulu.
Yang penting jika ia sentiasa dicuci atau bilas daripada kesan air masin setiap kali selepas digunakan, kekili yang kita gunakan untuk air tawar boleh juga digunakan untuk air masin.
PE ialah istilah atau julat kekuatan untuk bahan plastik komposit yang digunakan untuk membuat batang joran. Unit PE menggantikan unit paun (Ib) dengan rujukan 1 PE bersamaan 10 paun. Unit PE4-PE8 bermakna kekuatan joran dari hujung ke pangkal ialah 40 paun hingga 80 paun iaitu aksi berat dengan lenturan parabolik.
Joran sesuai ikut jenis air
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment